Showing posts with label Post Keluarga Eizlan. Show all posts
Showing posts with label Post Keluarga Eizlan. Show all posts

Monday, July 22, 2030

Blog Keluarga Eizlan

Selamat Datang ke Blog Keluarga Eizlan, dan terima kasih kerana sudi singgah walaupun sekejap. Apa yang terdapat dalam blog ini, Hanyalah Photo dan Cerita yang berkaitan dengan keluarga kami. Di samping itu, saya ada juga menyelitkan info-info mungkin berguna pada pada semua.


Semoga dengan kehadiran blog ini, dapatlah kami berkongsi aktiviti keluarga,  Jikalah kawan-kawan, abang-abang dan kakak-kakak ada idea dan komen, sila lah post di bahagian "comment". Dengan adanya komen dan idea dari semua dapat kami memperbaiki mutu persembahan dan pergayaan blog ini supaya lebih menarik dan berinformasi............Terima Kasih


Nama Saya Muhammad Eizlan Fakhruddin.
Umur - 10 Tahun.
Tarikh lahir 
31 Disember 2001.
Tempat lahir 
Hosp. Pakar Kuantan, Pahang.
Sekolah
Sek. Keb. Bandar Seri Putra, Bangi Selangor.
Sek. Rendah Agama Bandar Seri Putra, Bangi Selangor


Muhammad Daniel Hakim.
Umur - 8 tahun.
Tarikh Lahir 
18 Oktober 2004.
Tempat Lahir 
Hosp. Tg Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.
Sekolah 
Tadika Vista Bistari Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

Puteri Nabila Shahira.
Umur - 5 tahun
Tarikh lahir 
09 September 2008
Tempat Lahir 
Hosp. Putrajaya, Kuala Lumpur.

Muhammad Amirul Haziq
Umur - 3 Tahun 
Tarikh lahir
 28 Oktober 2009
Tempat lahi
Hosp. Kajang, Selangor

Wednesday, May 4, 2011

Komputer Ku - Gambar Masa Main Games




Sedang Asyik Leka Main Games - Counter Strike

Hai Kawan-kawan - Inilah Komputer saya..

Ini Adik Saya - Daniel Hakim Bersama Komputernya..


Jalan-Jalan Tepi Pantai - Makan Angin

Pada Hari Buruh , Isnin lepas dengan tidak dirancang dari Bandar Seri Putra, Bangi, Kami sekeluarga ke Nilai, Negeri Sembilan. Setelah berada di Nilai seketika, Kami menuju ke arah Sepang dan Seterusbnya ke Bagan Lalang. Kami sampai di Bagan Lalang dalam pikul 4:00 Petang. Di Bagan Lalang, kami duduk di tepi benteng batu sambil melihat permandangan dan menyedut udara segar dari laut. 

Ramai juga pengunjung yang mengunjung bersama-sama keluarga masing-masing. Mungkin disebabkan hari cuti, mereka mengambil kesempatan beriadah sementara menunggu kedai-kedai makanan laut dibuka. Kami juga sempat mengambil beberapa gambar saya dan adik-adik bermain pasir di sana. Dibawah ini saya tempelkan beberapa keping gambar yang sempat di ambil.

Haziq pertama kali bermain pasir..
Seronoknya Haziq..
Gambar Saya hehehe...
Gambar Kami Sekeluarga






Sunday, March 27, 2011

Putera Puteri Photo Collection

Setelah sekian lama. blog ini tidak dikemaskini, disebabkan kesibukan yang tak dapat dielakkan, Alhamdullilah hari ini dapat juga saya meluangkan sedikit waktu dan ketika untuk mengemaskinikan blog ini, yang mungkin telah bersawang hehe.

Pada hari ini, saya memasukkan Gambar-gambar koleksi Saya dan adik-adik saya, untuk sama-sama dikongsikan bersama.

Friday, February 4, 2011

Photo Haziq

H A Z I Q
I N    A C T I O N ' S

Salam - Dibawah ini, saya letakkan gambar Adik Bongsu saya, Haziq.

Sunday, December 5, 2010

Friday, December 3, 2010

Photo Puteri Nabila Dan Haziq

PHOTO PUTERI NABILA SHAHIRA
&
MOHAMMAD AMIRUL HAZIQ
-------------------------------------------------



Tuesday, July 27, 2010

Zoo Negara - Lawatan Sambil Belajar ..Hehehe


Zoo negara merupakan zoo pertama di Malaysia dan telah mula beroperasi pada tahun 1963. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh Persatuan Zoologikal Malaysia. ia memiliki pelbagai koleksi binatang dari seluruh pelusuk dunia. Selain daripada mempamerkan pelbagai jenis binatang, pihak zoo turut memberi fokus kepada empat (4) bidang utama yang lain iaitu :- Pemuliharaan, pendidikan, kajian dan rekreasi. Zoo negara juga merupakan sumber penting kepada semua pelawat dari dalam dan luar negara.


Zoo negara terletak di Hulu Kelang lebih kurang 13Km dari Kuala Lumpur. Ia menempatkan sebanyak 4,000 jenis binatang dari 400 spesis merangkumi spesis burung, ikan, mamalia dan reptilia. Zoo negara biasanya menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu dan ketika cuti umum. Selain daripada dapat menyaksikan pelbagai jenis binatang dan juga persembahan orang utan dan singa laut, kanak-kanak juga berpeluang untuk mencuba pengalaman menunggang kuda, unta dan gajah.

Ruang riadah yang luas di sekitar tasik juga amat sesuai untuk akitiviti riadah bersama keluarga. Antara kemudahan lain yang terdapat di kawasan dengan keluasan sebanyak 25 hektar ini ialah restoran-restoran dan perkhidmatan menaiki kereta api mini. 





Gambar-gambar adalah gambar kenangan kami sekeluarga semasa di Zoo Negara. Saksikanlah ... Seronok tau...

  




  


  


 


 


 


 


  








 

- A K T I V I T I     T A M A T -


Related Posts with Thumbnails