Bagan Lalang, Sepang Selangor
Bagan Lalang - Petang 23-05-2010. Keluarga kami bercadang untuk menikmati ikan bakar di Bagan Lalang, sepang, Selangor. Sebelum Menikmati Ikan bakar, kami singgah dulu di pantai untuk bersantai sambil menikmati angin laut.
Sambil bersantai di pantai, kami sempat mengambil beberapa gambar untuk kenang- kenangan. Ramai pengunjung, mungkin juga seperti kami, tujuan ke sini untuk menikmati juadah ikan bakar. Mengambil Kesempatan untuk Menikmati permandangan matahari jatuh dan menyedut udara segar.
Gambar disebelah, Abg long sempat possing maut. Dibelakang, ramai yang datang berkelah dengan keluarga dan berkhemah.
Angah dan kakak, leka bermain pasir. Walaupun pasir taklah berapa cantik tapi cukuplah untuk menghabiskan masa mereka.
Alhamdulillah cuaca pada hari ini amat baik, boleh mandi, main layang dan macam-macam aktiviti boleh dibuat.