Showing posts with label Post - Selingan. Show all posts
Showing posts with label Post - Selingan. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

TERIMA KASIH SEMUA KERANA SUDI SINGGAH

T E R I M A     K A S I H  -  S U D I   S I N G G A H    K E    B L O G   E I Z L A N
---------------------------------------------------------------

Di sini Saya mengucapkan terima kasih kepada kekawan, Saudara mara dan Semua, Kerana sudi singgah dan memeriahkan Blog Eizlan Page. Walaupun saya jarang mengemaskinikan isi kandungan blog, tetapi alhamdulillah sengan sokongan semua.. Blog Eizlan tetap meriah dengan kunjungan semua. Terima Kasih..Terima Kasih...





Monday, August 9, 2010

Sembahyang Jumaat dalam gereja







"


Sebuah Gereja Katolik berubah menjadi sebuah masjid setiap hari Jumaat, untuk membolehkan penganut Islam menunaikan sembahyang Jumaat. Dalam kariah gereja Our Lady of Assumption of Ponzano Veneto berhampiran Venice, sebuah bandar romantik Itali, dewan utamanya diubahsuai untuk kegunaan sembahyang Jumaat. Ketua paderi kariah gereja tersebut, Don Aldo Danieli, 71, menegaskan, "Tak berguna bercakap tentang dialog antara agama kalau kita tidak membuka pintu untuk mereka. Pope John Paul II selalu mengucapkan, 'wahai saudara-saudara Muslim'. Kenapa kita harus menutup pintu gereja untuk mereka?



Terdapat kira-kira 11,500 orang penduduk di Ponzano, dengan jumlah keluarga imigran sebanyak 232 menjadikan jumlah kasar penduduk Islam sekitar 650 orang. Kebanyakan mereka datangnya dari Negara-negara Afrika Utara dan Eropah Timur. Dua tahun lalu, Don Aldo memutuskan untuk membenarkan imigran-imigran Muslim menggunakan beberapa bahagian dalam gereja. Pada setiap hari Jumaat, purata kehadiran penganut islam untuk bersembahyang adalah sebanyak 200 orang. Tapi dalam bulan Ramadan, jumlahnya meningkat ke 1000-1200. “Mereka minta kebenaran dan saya kata ya, lagipun, bahagian dapur dan dewan dah penuh dengan sarang labah”.



Keputusan Don Aldo itu telah menimbulkan rasa tidak puas-hati di kalangan beberapa orang ahli kariah. Terdapat juga bantahan di kalangan bishop tempatan dan paderi yang sampai ke pengetahuannya. “Saya belum lagi meminta kebenaran dari bishop, kerana pada saya ia adalah satu bentuk kebajikan. Kebenaran tak diperlukan untuk buat kebajikan. Selain dari itu, saya lebih tua dari bishop tersebut dan juga, pernah menjadi professor beliau di seminary (sekolah paderi). Sekalipun jika dia melarang saya, saya tidak akan berganjak,”kata Don Aldo dalam nada tegas. Dia tidak ragu-ragu untuk berkata, “Orang Islam yang bersembahyang adalah lebih baik dari orang Kristian yang tidak sembahyang. Anda silap jika menggelar saya seorang yang bersikap perkauman,”. Dalam masa dua tahun yang lalu, Don Aldo telah menerima email dan surat –surat yang menasihati beliau supaya “terus kekal bersama jamaah kariahnya”. Menurut Don Aldo lagi, “pope menggesa supaya pintu dibuka untuk Nabi Isa: Nabi Isa juga berada bersama orang Islam.”

Akhir-akhir ini, Itali menjadi destinasi kegemaran imigran terutamanya, dari kalangan beragama Islam dari Afrika Utara dan Eropah Timur. Berhubung dengan situasi ini, masyarakat awam mempunyai pendapat yang berbeza. “Akhirnya, satu isyarat jelas tentang keterbukaan dan penerimaan’, kata seorang dari mereka. “Tak guna untuk bercakap tentang keterbukaan dan kemudian tidak mengamalkannya apabila diri sendiri mempunyai prasangka. Paderi begini membuat kami percaya tentang masa depan,” tulis yang lain. “Perkara yang paling menyedihkan ialah apabila bilangan jemaah pada hari Jumaat lebih ramai dari jemaah hari Ahad”, komen yang lain. “Harap-harap pastor tidak masuk Islam”, sindir seorang lagi. Sungguhpun begitu, majoriti orang awam menyokong pastor Don Aldo. Dalam arus perubahan globalisasi, Itali beransur-ansur dapat membiasakan diri dengan imigran-imigran yang berlainan agama dan budaya. Kes-kes seperti ini telah membawa kepada bertambahnya perdebatan tentang integrasi dan imigrasi di peringkat kawasan dan kebangsaan, dan ini sangat penting bagi Itali, yang mana di dalamnya terletak Jantung Agama Kristian.


Source : Islamic Bulletin

Secebis harapan : Wahai pembaca budiman, Berita Islam Global (BIG) memerlukan sokongan anda bagi meneruskan usaha-usaha mengeluarkan berita-berita berkualiti dan terkini. Justeru itu, korbankan sedikit tenaga anda untuk klik di mana-mana ruang iklan (jika ada) sebelum keluar dari blog ini. Kesudian anda didahului dengan jazakallahu khairan kasira.




Al-Hijrah - Agihan Bubur Lambuk

Sumber - http://networkedblogs.com


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs232.snc4/38920_10150236068005176_329327610175_14139151_3870756_n.jpg





Pengagihan Bubur Lambuk untuk semua ahli kariah surau dan penduduk sekitar. Dijemput semua ahli kariah dan penduduk sekitarnya untuk datang mengambil bubur lambuk bermula jam 5.30 petang hingga 7.00 petang pada hari bekerja shj. Harap Maklum

Edaran bubur lambuk dalam bulan Ramadhan oleh Bangi Height

Sumber - http://networkedblogs.com/



Assalamu alaikum wr wb wm.

Datuk/Tuan/Saudara yang dimuliakan,

InsyaAllah edaran bubur lambuk setiap Jumaat bulan Ramadhan oleh Bangi Heights Development dengan kerjasama BSP Induk akan dilakukan seperti berikut:

Tarikh: 13 Ogos 2010/ 3 Ramadhan; 20 Ogos 2010/ 10 Ramadhan; 27 Ogos 2010/ 17 Ramadhan; 3 Sep 2010/ 24 Ramadhan
Hari: Jumaat
Masa: 5.00 petang - 6.30 petang
Tempat: Sales Gallery BSP




Semua pengerusi atau wakil persatuan penduduk taman/skim dijemput datang bagi membantu mengedarkan bubur tersebut kepada pengunjung pasar Ramadhan pada hari tersebut.

Wassalam terima kasih.


Ahmad Yusof 019-359 8489

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH. 



Monday, August 2, 2010

Pengesahan penempatan pelajar tahun 1 SKBSP & SRABSP sesi 2011

Sumber Dari - http://networkedblogs.com

Sedikit Maklumat untuk di kongsi bersama.







Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra, bangi Selangor

Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

1) Bilangan pelajar yang berdaftar & ditempatkan di SRA Bdr seri putra bagi tahun 1 sesi  

    2011 = 202
2) Anggaran pelajar per kelas : 38
3) Anggaran kelas : 6 kelas ( setakat 1/8/2010)
4) Pengesahan boleh dibuat mulai 2/8/2010 ~ 30/8/2010.



Waktu pejabat :Isnin ~ Jumaat.
Sumber maklumat: Kerani SRA BSP.

Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

1) Bilangan pelajar yang berdaftar secara online = 580 pelajar.
2) Bilangan pelajar yang berjaya ditempatkan di SK Bdr seri putra : 411 pelajar
3) Bilangan pelajar yang masih didalam proses penempatan sekolah : 130 pelajar

Nota :


a) Semasa pengesahan penempatan dibuat di SK Bdr seri putra , ibu bapa akan dibekalkan dengan fail peribadi pelajar yang mana senarai semak borang/salinan yang perlu diisi dengan kadar segera selewat-lewatnya sebelum 30 sept 2010.harga fail peribadi tersebut sebanyak RM6.00 sahaja.


b) Ada juga yang mendaftar di SK BSP tapi ditempatkan ke SK Bangi. Pengesahan penempatan perlu dibuat di sekolah yang ditempatkan terlebih dahulu. Rayuan hanya boleh dibuat secara online atau secara manual bermula
1 September hingga 30 September 2010. Keputusan rayuan akan dikeluarkan pada 30 Oktober 2010

Borang Rayuan boleh didapati dilaman web :

http://apps.emoe.gov.my/esppsel/keputusanppt1/

Sumber maklumat : Guru HEP SK Bdr seri putra.


Tuesday, July 27, 2010

Gaya Aksi Terbaru - Taekwando


Hero the Making ... ? !!!

 





Angah dengan gaya terbaru taekwando

Steady Lah Along dan Angah..Go Go Go!!!

- T A M A T -




Off Topic - Suka-Suka

Keluarga Eizlan ... hehehe

mama            papa


   
 Eizlan            Daniel             Nabila       Haziq








-  T A M A T -
Related Posts with Thumbnails