Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Friday, February 24, 2012

Untukmu Malaysia



Terima Kasih MALAYSIA 
Tanahairku

Blog saya sudah lama bersawang.. takde masa nak update

Setelah beberapa lama tak berkesempatan mengemaskinikan blog, disebabkan terlalu sibuk dengan tugas-tugas seorang pelajar cewah, barulah hari ini saya berkesempatan mencoretkan sedikit coretan dan gambar yang ada dalam komputer.
Gambar disebelah, saya ilhamkan untuk adik saya haziq yang saya sayangi. Hehe.. comelkan..Haziq Sekarang semakin besar dan menghampiri angka yg ke 3 tahun, bernafas dan melihat keindahan ciptaan tuhan di dunia yang fana ini. Keceriaannya membawa jutaan makna dalam hidup saya dan keluarga saya... yang membawa seribu keceriaan dalam keluarga,

Saya Sekarang belajar di Darjah 5, Wahh cepat sungguh masa berlalu..rasanya bagaikan semalam di darjah 3. Bersesuaian dengan tahun 5, tugasan sebagai pelajar bertambah. Dalam seharian, jadual harian adalah penuh. Pagi Kesekolah Kebangsaan, Petang Menyiapkan Kerja Rumah, manakala malam mengaji dan Tuisyen.

Tak lama lagi, sekolah akan melabuhkan tirainya selama seminggu. Kemana dan apakah aktivit saya dan adik beradik yang lain hanya Papa jer yg tahu.. Mungkinkah pergi bercuti..atau balik kampung?.

Atau sekadar menghabiskan cuti di rumah?. Tak kisahlah janji bahagia..kan kan. Sekejap lagi nak ke sekolah..ada ko-kurikulum. Sekarang aktiviti ko-kurikulum diadakan pada hari sabtu. Kenapa yer dibuat pada hari Sabtu? haha.. Cikgu yang tahu.. saya tak tahu..ikut sahaja lah labu...

Gambar Disebelah pula, Haziq dan Daniel. Keceriaan tergambar jelas di pancaran mata mereka. 

Coretan kali ini, saya cuba selitkan beberapa gambar buat tatapan semua.. Nak menulis dah kehabisan modal.. kena menabung dulu untuk coretan akan datang hehe.. Oleh itu marilah kita sama menabung, satu amalan yang dapat mengajar kita cermat cermat..betul tak?







haha Roney2..camtu sekali aksi kau..

Puteri Nabila Shahira
Go Go Harimau Malaya..Kami memberikan sepenuh sokongan..
Tapi apa boleh buat terkena juga 4 gol pada Jepun, dalam perlawanan kelayakan Olimpik.
Mohd Amirul Haziq
Iklan haziq Sikit hehe

Semasa Perlawanan Akhir Piala FA 2011 Di Stadium Bukit Jalil. Terengganu 2 Kelantan 1
Selitkan gambar saya pula..hehe
Riang ria bersama adik dan sepupu..
P.Nabila & Haziq
Haziq dan Bola tak dapat dipsahkan seumpama lagu dan irama

Mohd Amirul Haziq

Keceriaan Haziq

Haziq dan P Nabila bersama Motor vroooommmmm

Haziq lagi...

Hai Haziq tengok apa tu


Puteri nabila


Majlis harijadi P.Nabila


Kek harijadi P.Nabila


Haziq dengan background Taman Permainan


Ilustrasi Potret haziq


Nielah Hero Hariman Malaya comming soon


Gambar Saper nie hah..saper lagi saya lerrr



















   

Tuesday, November 16, 2010

Tambahan Gambar-gambar Eizlan dan adik-adik

Setelah sekian lama, saya tidak mengemaskini blog ini. Hari ini ada masa terluang dan sedikit mood, maka terasa ingin menambah bahan-bahan buat tatapan semua.  Cuti Sekolah akan bermula tidak lama lagi? Kemana rancangan anda?

Hari ini 17/11/2010 - Hari Raya Qurban. Kami sekeluarga tidak dapat balik kampung untuk maraikan kemeriahan Raya Qurban. Raya di Kuala Lumpur tidaklah semeriah dikampung. Dikesempatan ini, saya menambah beberapa gambar. Insyaallah jika ada kesempatan lagi , akan saya teruskan usaha mengemaskinikan blog ini.

Dalam usaha mencari bahan-bahan untuk dikongsikan bersama. Semoga memberi manfaat kepada kawan-kawan semua.






 
















   

Related Posts with Thumbnails