Tuesday, July 27, 2010

Zoo Negara - Lawatan Sambil Belajar ..Hehehe


Zoo negara merupakan zoo pertama di Malaysia dan telah mula beroperasi pada tahun 1963. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh Persatuan Zoologikal Malaysia. ia memiliki pelbagai koleksi binatang dari seluruh pelusuk dunia. Selain daripada mempamerkan pelbagai jenis binatang, pihak zoo turut memberi fokus kepada empat (4) bidang utama yang lain iaitu :- Pemuliharaan, pendidikan, kajian dan rekreasi. Zoo negara juga merupakan sumber penting kepada semua pelawat dari dalam dan luar negara.


Zoo negara terletak di Hulu Kelang lebih kurang 13Km dari Kuala Lumpur. Ia menempatkan sebanyak 4,000 jenis binatang dari 400 spesis merangkumi spesis burung, ikan, mamalia dan reptilia. Zoo negara biasanya menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu dan ketika cuti umum. Selain daripada dapat menyaksikan pelbagai jenis binatang dan juga persembahan orang utan dan singa laut, kanak-kanak juga berpeluang untuk mencuba pengalaman menunggang kuda, unta dan gajah.

Ruang riadah yang luas di sekitar tasik juga amat sesuai untuk akitiviti riadah bersama keluarga. Antara kemudahan lain yang terdapat di kawasan dengan keluasan sebanyak 25 hektar ini ialah restoran-restoran dan perkhidmatan menaiki kereta api mini. 





Gambar-gambar adalah gambar kenangan kami sekeluarga semasa di Zoo Negara. Saksikanlah ... Seronok tau...

  




  


  


 


 


 


 


  








 

- A K T I V I T I     T A M A T -


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails