Monday, July 26, 2010

Singgah Sebentar Di Bukit Tinggi, Pahang


BUKIT TINGGI , PAHANG

Semasa dalam perjalanan balik dari Terengganu ke Kuala Lumpur, Kami sempat singgah sebentar di Bukit Tinggi Pahang. Permandangan di sini amat cantik sekali. Dengan kedudukannya yang agak tinggi. Untuk ke Bukit Tinggi ini, dikenakan bayaran untuk memasukinya.

Gambar disebelah kiri, Angah berhempas pulas, untuk sampai ke atas.Walaupun penat tapi dengan keindahan persekitaran, penat bertukar menjadi seronok. Dari sini kita boleh melihat permandangan yang catik di bawah. Jika malas untuk mengeluarkan peluh, bolehlah menaiki kenderaan yang disediakan untuk sampai ke Taman Botani, yang berlatarkan keadaan di Jepun. Kami memilih untuk berjalan untuk sampai ke Taman Botani, untuk melihat permandangan persekitaran dengan udara yang sejuk, dan dihembusi angin yang menyamankan. Lihatlah betapa bersemangatnya angah melangkah...




    Berhenti sekejap untuk mengambil gambar...haha sempat lagi walaupun penat.




 


 
Akhirnya sampai juga di Japanese Village - Botani garden

 





Lain-lain gambar semasa di Bukit Tinggi.

      

 


 



- T A M A T -







No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails